Trip to taWOW!



Rekod trip jalan darat aku baru dipecahkan. Di Semenanjung susah nak dapat pjalanan panjang macam yang baru aku dapat. Btolak 23/12/10 dan tiba 26/12/10. Perjalanan dari Unimas -
Seri Aman - Sibu - Miri - Limbang - Kota Kinabalu - Sandakan - Tawau memang palig lama pernah aku ikut. Mengikuti program "Eksplorasi Bakti Siswa" anjuran pihak Kolej Kenanga bermula Dec 23rd sampai Dec 30th disertai seramai 66 orang.

Dec 23rd
0715 Bertolak dari Kolej Kenanga
0815 Tiba di Serian
0905 Bertolak dari Serian
1110 Tiba di Seri Aman
1143 Bertolak dari Seri Aman
1345 Tiba di Sebangkoi Resort
1410 Bertolak dari Sebangkoi Resort
1542 Tiba di Sibu
2020 Bertolak dari Sibu

Dec 24
0445 Sampai di Miri
0830 bertolak ke Limbang
1430 Tiba di Limbang
1530 Bertolak dari Limbang
2220 Tiba di pekan Sipitang (sabah suda!) :-)
2325 Bertolak dari pekan Sipitang

Dec 25
0230 Tiba di UMS
0915 bertolak dari UMS dan singgah di Kg Air.
1105 bertolak ke Sandakan
1800 sampai di Sandakan
1920 bertolak ke Semporna, Tawau.

Dec 26
0154 Tiba di Semporna dan bermalam di Arung Hayat Resort.
0740 bergerak ke Jeti
0925 Tiba di Kampung Larapan

Kami mendapat keluarga angkat di kampung ni. Kebetulan Kg. Larapan mempunyai jumlah yg sama seperti bilangan kami iaitu 66 buah rumah semua, mengikut sumber penduduk tempatan. Berbangsa Bajau asal, majoriti pekerjaan mereka adalah nelayan dan boleh dikatakan lebih separuh orang lelaki menyertai Askar Wataniah termasuk keluarga angkat saya.

Aktiviti bersama anak-anak harapan Larapan.


Setelah diberi kepada keluarga angkat, selepas makan dan solat zuhur aktiviti bersama anak-anak Pulau Larapan dimulakan. Mereka dikumpul mengikut usia dan aktiviti dijalankan dengan menarik. Sayangnya ramai kanak-kanak terutamanya yang masih dalam pra-sekolah tidak fasih berbahasa Malaysia.

Antara babak penting dalam Ekplorasi kali ni ialah rezeki kami bila pada malamnya berlansung upacara persandingan masyarakat Bajau Pulau Larapan. Disini kami berpeluang melihat bagaimana sesuatu perkahwinan dijalankan. Sangat meriah dan menarik. Kami didedahkan dengan tarian tradisional iaitu Tarian Mengalai. Walaupun persembahan tarian berakhir agak lewat, ramai peserta pulang awal untuk berehat.

Esok pagi, waktu suka duka kami. Terpaksa berpisah dengan keluarga angkat. Walaupun kejap je kenal, tapi mereka sangat peramah dan mudah mesra. Kami akan datang lagi insyaAllah. Aktiviti kami ialah terus ke Pulau Sibuan untuk beriadah di sana. Aktiviti snorkeling, scuba diving, barbeku dan permainan lain mengisi ruang riadah.

Perjalanan balik macam biasa cuma kami diberi peluang melihat Bandar Seri Begawan, Brunei. Di Miri, telah menyaksikan satu kejadian menyayat hati iaitu seorang tua telah menghembuskan nafas terakhir di E-mart (shopping mall) Miri. Mendiang batuk berdarah, terus terbaring, makin banyak darah keluar dan di situ juga meninggal dunia dihadapan anak dan cucu. Ada pengajaran buat aku.

Comments

Hasz said…
Long, ajal maut sesorg d tangan Allah...sapa tauk esok lusa ajal kita sampai..kebtulan time ktk org kt emart ya ngga benda ya jadi, mesti terasa insaf kejap nak? Mintak jaoh dcabut nyawa dlm keadaan sakit mcm ya...nauzubillah...

Popular Posts