Hujan Sarawak - Mitos

Tahukah anda, terutamanya yang tinggal di luar Sarawak tentang fenomena cuaca yang berlaku di sini setiap kali perayaan Tahun Baru Cina menjelang? Di Sarawak, fenomena hujan dan juga king tide (air pasang) akan melanda hampir seluruh kawasan Bumi Kenyalang ini. Tidak dinafikan di negeri lain juga mengalami jumlah hujan yang banyak, tetapi tidak selebat dan sekerap di Sarawak. Hujan boleh berlarutan sehingga Tahun Baru Cina tamat dan kadang-kala berterusan untuk minggu-minggu seterusnya.

Fenomena ini mempunyai kaitan dengan pergerakan angin monson dan kedudukan bulan, tetapi bukan itu yang ingin dikongsi bersama. Apa yang ingin diceritakan di sini adalah mitos tentang tiga naga
yang dikatakan mempunyai kaitan dengan fenomena ini.

Beribu tahun dahulu, hidup tiga ekor naga adik beradik. Yang tua bernama Tianlong, menjaga Tanah Besar Cina. Naga kedua, bernama Shenlong menjaga India dan yang bongsu bernama Dilong menjaga Kepulauan Jawa. Mereka dikatakan sentiasa berjumpa setiap tahun bagi merayakan Tahun Baru bersama-sama.

Tianlong, Shenlong, Dilong

Dikatakan pada suatu hari, isteri seorang pembesar Jepun telah jatuh sakit dan memerlukan jantung naga sebagai ubat penyakitnya. Gerakan mencari naga dijalankan secara besar-besaran. Mereka cuba untuk membunuh Tianlong tetapi gagal disebabkan saiz badannya yang sangat besar. Setelah gagal, usaha mereka diteruskan dengan memburu Shenlong. Shenlong pada waktu itu sedang bertapa di Himalaya selama beberapa bulan dan usaha mereka juga gagal.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memburu Dilong. Kebetulan ketika itu Dilong dalam perjalanan untuk menemui Tianlong kerana dia mendengar khabar abangnya telah diserang oleh manusia yang inginkan jantungnya. Sedang pantas Dilong meluncur di udara tiba-tiba panah tertusuk tepat di tengkuknya. Terhempaslah Dilong ke laut dan jantungnya di ambil.

Setelah beberapa bulan kemudian tibalah Tahun Baru Cina. Tianlong dan Shenlong menunggu dengan penuh sabar di singgahsana Naga  tetapi Dilong masih tidak muncul. Setelah merasakan ada yang tidak kena, kedua-dua naga tersebut terbang mencari adik bongsu mereka. Akhirnya bangkai Dilong ditemui terapung di laut. Maka menangislah mereka berdua diatas kematian adik mereka itu. Mereka bersumpah akan menuntut bela akan kematian Dilong. Dilong seterusnya terus menjadi sebuah pulau yang sekarang ini menjadi Borneo. Setelah itu Tianlong dan Shenlong pun melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan kematian Dilong masih dalam siasatan.

Comments

Anonymous said…
paloi na kesudahan ceta tok long..digidik digidik
along said…
tauk ku sapa tok.. digidik
Mohd Nazrin said…
yoh, nang respect lh ending ny ya...da gik msih dlm siasatan polis...hahaha

Popular Posts