Bulan Semakin Mengecut?
WASHINGTON: Pengkaji bintang Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa bulan kini semakin mengecut selepas menemui kesan kedutan di seluruh permukaannya.
Tanda pengecutan yang nampak dengan jelas itu ditemui saintis
Amerika Syarikat yang memeriksa beribu-ribu gambar permukaan bulan diambil sebuah stesen angkasa Nasa.
Sesetengah kedutan didapati sepanjang beberapa kilometer dan dilihat sejauh berpuluh-puluh meter di atas permukaannya yang berdebu.
Penyelidik percaya, keadaan itu berlaku selepas bulan mengecut dari segi
saiznya yang bergaris pusat kira-kira 200 meter. Purata garis pusat bulan secara umumnya berukuran 3,474.57 kilometer.
Proses pengecutan bulan bukan sesuatu yang baru kepada pakar yang mengkaji planet. Apabila bulan terbentuk, ia memiliki dasar yang panas, sama seperti bumi, yang menyebabkannya membesar pada mulanya dan kemudian mengecut apabila ia menyejuk.
Penemuan terbaru itu ditafsirkan sebagai kemungkinan bulan mungkin masih menyejuk, proses yang menyebabkan permukaannya memampat dan membentuk ciri-ciri seperti kedutan, dikenali sebagai lobate scarps.
Sepasukan penyelidik diketuai Thomas Watters dari Institusi Smithsonian di sini mengkaji imej beresolusi tinggi bulan diambil pada masa lalu oleh pemantau terbaru bulan Nasa, Lunar Reconnaissance Orbiter
Kamera kapal angkasa itu menghantar imej paling terperinci keadaan bulan yang diambil dari orbit.
Empat belas lokasi lobate scarps dikenal pasti, di tapak sejauh garis khatulistiwa bulan dan berhampiran paksinya.
Ciri-ciri itu amat bersih sehingga saintis fikir ia mungkin berusia tidak lebih satu bilion tahun.
Bukan saja gambar berkenaan menunjukkan pengecutan terbaru bulan, ia mungkin menunjukkan bulan masih dalam proses mengecut.
Sehingga kini, kami tidak mempunyai bukti penyejukan dan pengecutan bulan yang selari dengannya. Ia bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Bulan mungkin mengecut namun tidak banyak. Ia tidak akan ke mana, kata Watters.
Saintis percaya, bulan dibentuk selepas satu objek sebesar Marikh merempuh Bumi dan menghasilkan satu awan besar debu 4.5 bilion tahun lalu.
Debu itu kemudian berkumpul ke dalam bulan dan menjadi panas ketika partikel terhimpit bersama dan sesetengahnya mengeluarkan sinaran radioaktif. Agensi (www.bharian.com.my 2010/08/23)
" Saintis cakap compare gmbar dulu, sekarang ni makin byk kedutan. Dulu licin sekarang makin berkedut. Bunyi mcm saintis ni nak kata yg usia bulan ni masih sgt baru. Baru nak "dewasa".
Nak kondem taklah sbb aku bukan astronomist atau ahli falaq tapi bila nak compare gmbar lama, mmg la xboleh. Dulu tak secanggih sekarang. Mungkin... bulan makin jauh, sbb graviti bumi makin kurang untuk letakkan bulan pada paksi dia. Main tembak jer ni. Xleh masuk exam. Apa2 hal, xkira lah bulan nak kecut ker, kembang ker, yg penting... kiamat tidak akan makin jauh. "

Comments