Selamat Hari Raya Semua..!

Pengalaman naik ETS (electric train system) untuk kali pertama masa balik dari Kuching ke Ipoh memang berharga. Sudahlah 1st time sampai KL Central (memang tak pernah sampai sebelum ni), terus naik ETS.Merasa gak berbuka dalam train. Perjalanan dari KL Sentral jam 6.48pm tepat dan sampai cun jam 8.53pm tepat. Tak sampai 2 jam pun.

Unik sikit raya kali ni sebab ada tambahan juadah tradisional iaitu
Dodol. Lemang dah biasa sangat buat, tapi dodol jarang. Dekat 6jam mengacau. Nasib baik ramai yg tolong.
Kaco yeop! kaco! jangan tak kaco!

Hari raya macam biasa, sembahyang sunat AidilFitri di Kg Ulu Kenas dan sembahyang sunat Jumaat di Pasis panjang, Lumut. Semua adik-adik balik. Angah dah bergaya dengan Vios baru beliau. Punyalah ramai sepupu sepapat yang kecik-kecik. Pening kepala tengok perangai tapi seronok tengok. Bilalah nak ada anak ni... huahuahua.

Comments

Popular Posts