Rosmah temui kanak-kanak istimewa di Sibu


SIBU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini melawat dan meninjau kemudahan di Pusat Agape Sibu, sebuah rumah yang menyediakan keperluan bagi golongan kanak-kanak istimewa.

Rosmah yang mengiringi suaminya, Datuk Seri Najib Razak, dalam lawatan dua hari Perdana Menteri ke Sarawak, kemudian merasmikan pusat yang pertama seumpamanya di negeri itu.

Ia dikendalikan oleh lima pertubuhan termasuk Lau King Howe Memorial Children's Clinic di bawah satu bumbung.

Beliau turut mendengar taklimat yang diberikan pakar pediatrik Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock mengenai perkhidmatan yang disediakan pusat itu.

Sejumlah 3,000 kanak-kanak istimewa mendaftar bagi pemulihan dan penjagaan kesihatan di pusat yang ditubuhkan pada April 2006.

Pada masa ini terdapat 500 kanak-kanak menghadiri kelas pendidikan dan program pencegahan awal dengan sokongan Persatuan Perkhidmatan Komuniti Sibu. - Berita Harian-

 





Comments

fieza said…
hehehe...cm knal je gmbr hiasan tuh....mcm btol2....da la dr sibu lg...nttah2 mmg die....slh sorg dr mreka......
cascd88 said…
comel knak2 istimewa kat gmbar hiasan tu..cam muka skuad aku..huhu
along said…
barang harus di ingat.. sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dgn yg hidup.. :-)
wan2day said…
aik..mcmana boleh jadi editor rosmah ni..hahaha
taytay said…
hahah.. cousin aku masuk tv masa tu..
along said…
post ni saja2 je. nak prank kawan aku (gambar). hehehe. harap dia xmarah dan sporting. kan wong. :-)

Popular Posts