Bad things, Good things, Bad news

Selesai juga kem berterusan PALAPES siri 2 2008/2009 di Lapang Sasar Sempadi. Merasa menembak M16 Colt sampai nak termuntah. Macam-macam acara yang berlansung tapi semua kurang seronok. Semuanya bermula dengan kekalahan sukan bowling antara kompeni. Salah sendiri juga. Maafkan aku squad. Tak sengaja. Lepas kalah, moral terus menurun. Dalam kepala asyik ingat nak sampai Ipoh dan result yang bakal keluar. Jadi, banyaklah termenung dalam seminggu dua ni.

Tapi kegusaran, kesedihan, kebosanan terus hilang bila kaki ini menjejak LCCT. Punya seronok nak turun sampai ikan terubuk masin pun boleh tertinggal dalam belon. Lepas itu naik balik... tersengeh pramugaru di atas sana. Excited sangat. Sesampainya di Ipoh, aku dijemput oleh Razlin.

Seronok jumpa famili, kawan-kawan, datang pulak satu berita yang agak mengejutkan tahun ini. Pada mulanya ingatkan rumors sahaja, tapi rasanya sekarang dah 90% betul. Ada pulak kawan (16thn kenal) sendiri nak bernikah tapi rahsia-rahsia. Sebusuk-busuknya kalau taknak jemput pun, cukup beritahu. Just tell me atau acu try ghoyak ko kawe.Nak kata kami pernah bergaduh.. tak juga. Bukan apa, mengelakkan fitnah. Kecewa, pelik, terkejut, sunyi, sedih, marah dan gembira bercampur menjadi satu perasaan yang unik. Semoga berbahagia sahabatku.

Comments

Popular Posts