Bersawang..

Lama sangat rasanya semenjak last posted. Dulu menulis sebagai seorang pekerja, sekarang sebagai seorang penuntut ipta. Singgah untuk sapu-sapu sikit habuk, sawang dalam blog ini. Harap selepas ini, boleh biasakan kembali mengupdate blog walaupun jaghang-jaghang ianya dilawat orang.

Memang perit hidup sebagai pelajar, lebih-lebih lagi disebabkan terlalu lama meninggalkan alam buku, membaca dan mengira ni. Calculus dan Mech. Eng. Dua subjek yang hampir empat tahun ditinggalkan kini belajar semula. Pengaplikasian sewaktu dua tahun berkerja tiada lansung. Memang zero dalam kepala. Harap doa dari ibuayah, famili, sahabat dan rakan-rakan agar dipermudahkan hidup saya di sini.

Comments

Popular Posts