Percutian Nostalgia

5 Jun aku bersama keluarga bercuti ke Pulau Redang, Terengganu. Cantik. Aktiviti pun menarik. Balik ke darat pada keesokan harinya, 6 Jun. Solat Jumaat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Terengganu. Berjumpa makcik Mala (sepupu ibu) di Chabang Tiga. Dah bertahun tinggal di T,ganu sampai dah hilang loghat Perak.

Paling menarik semasa balik, kami singgah di tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Aku dan Akram (Angah) sebenarnya dilahirkan di hospital Mentakab dan menetap di Temerloh sehingga berumur 3 tahun. Ayah menunjukkan tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Sempat juga melawat jiran-jiran lama. Terkejut melihat Along dan Angah yang mereka dukong dan timang dulu sekarang dah besar. Syahdu bila terbayang umur 3 tahun berlari-lari dalam keadaan berbogel di kawasan rumah. Hurm... ada masa pergi lagi.

Comments

Popular Posts