RAE & KONVO
Syukur Alhamdulillah, RAE (Radio Amateur Examination) di UiTM Kedah dah selesai (28/11/07). Konvo di UTM Skudai dah lepas(1/12/07). Harap-harap lepas RAE ni sebab ni kali kedua ambil. Suruh budak civil jawab soalan elektronik.. gila betul. Terima kasih yang tak terhingga kepada Salim dan keluarga kerana membenarkan kami menumpang teduh di Kluang.

Nak dijadikan sejarah, rasa-rasanya aku seorang jer graduan yang bawa "berus gigi" naik ke atas stage. Azhar bawa ubat gigi. Ini semuanya berpunca dari ketiadaan ubat gigi di hotel tempat kami menginap. Terpaksa beli ubat gigi pagi-pagi di 7-Eleven Skudai. Kelam kabut cari toilet kat UTM nak berus gigi. Memang gila.

Balik tu, member aku Firdaus Gombak, tercalar Vios dia yang berusia tak sampai 1 minggu. Tersagat kat rear bumper Hilux aku plak tu.. aduh..! Meremang bulu tengkuk aku. Diharap Daus sudah menyetelkan masalah tersebut dengan jayanya.


Bergambar di depan rumah Salim, Kluang, Johor

Standard diploma.. sebahagian housemate aku.



Comments

Anonymous said…
PEGI LA BUAT AA... EHEHEHE

DE 9W2GE0 73

EXSMSTSI 96/97
dreamxcess09@yahoo.com
along said…
bukan tnak buat. 9m2 dah dapat 1 tndatangan. tapi memandangkan dapat futher di unimas sarawak, igt nak buat 9w8 la. rare skit. nak try jakuk(qso) ngan org2 sana. :-)
Anonymous said…
okkk qsl. semoga menjadi insan yg berguna dunia akhirat..

73

Popular Posts