Pada tanggal 5, 6 dan 7 Jun 2006, aku dan housemate, telah menakluk gunung Stong yang berada di Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Keunikan Stong terletak pada air terjunnya yang direkodkan sebagai tertinggi di Asia Tenggara. Ekpedisi inilah antara kenangan manis dalam hidup aku.


Antara yang menyertai xpdc ini ialah : along(aku)-perak, ajis-sabah, sly-s'wak, naz-melaka, salim-johor, jeff-johor, daus-kl, zul-negeri9, azhar-penang.


Berbagai pengalaman yang ditempuhi sepanjang berada di atas sana. Berpuluh jenis hidupan hutan yang pelik2 kami temui. Segala penat lelah kami berbaloi setibanya di puncak Stong. Solat di puncak Stong menjadi memori. Tenang dan nyaman....


Pukul 2 pagi dalam keretapi, dari Stesyen KTM Pasir Mas ke KTM Dabong, Kuala Krai



Kaki Gunong Stong, base camp berada di atas, kira-kira sejam perjalanan.



Pemandangan selepas subuh dari base camp. SubhanAllah.



Saudara daus tengah berseronok seorang diri



Antara babak2 poyo cemas di Stong (kids, don try dis @ home)



Darurat.. kehabisan makanan memaksa kami mencari alternatif lain



Antara spesis ular yang dijumpai



9 NAGA. Alhamdulillah.. sekitar pukul 3 ptg, kami tiba juga di puncak. 4664 feet.
Terima kasih kawan..

Comments

Popular Posts